Program Keusahawanan Nadi/ Giatmara Kangar

26 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

NaDi RPA Arau, Tambun Tulang dan Batas Lintang telah mengadakan sesi pembelajaran Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Kangar. Program ini berlangsung bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran awal kepada komuniti setempat terutama sekali remaja tentang keselamatan ketika menggunakan internet serta kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa..Staf PEDi mengambil kesempatan ini untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti mengenai aplikasi Facebook page dan cara untuk memasarkan produk mengikut gaya hidup dari semua peringkat umur, facebook page sebagai platform untuk mempromosikan produk-produk dan servis pengiklanan yang menjanjikan keuntungan. Selain itu, pelajar Giat Mara diajar melakukan pelan perniagaan dan analisis SWOT.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali